Wednesday, April 11, 2012

Nak minta tolong???


SUAMI KEPALA BATU, ISTERI MULUT MURAI

“Aku terima nikahnya Syamila bt Syafik dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.” Ucap Izwan dihadapan tok kadi serta orang ramai.

Dengan sekali lafaz, Syamila sah menjadi isteri kepada Izwan a.k.a kepala batu.Sebab apa Syamila gelar Izwan macam tu? Sebab peristiwa dulu di mana mereka terlanggar antara satu sama lain di pejabat papa Syamila sehingga kedua-duanya terjatuh. Dagu Syamila terlanggar kepala Izwan sehingga bengkak. Itu sebab Syamila menggelar Izwan sebagai kepala batu.

Macam mana boleh Syamila dengan Izwan berkahwin sedangkan satu pejabat tahu mereka pantang berjumpa pasti ada yang ingin digaduhkan walaupun pasal benda kecil. Macam manalah papa terfikir nak ambil budak kepala batu tu jadi pekerja papa. Itu sebab Syamila menulis cerita macam mana Syamila boleh kahwin dengan Izwan.

“Ma, kenapa mesti  Mila kahwin dengan si kepala batu tu? Mila tak suka dia la. Dah la suka cari gaduh dengan Mila dekat pejabat papa,”rajuk Syamila.Sudahlah aku baru balik dari pejabat tiba-tiba papa, mama, abang long, abang ngah dan abang cik bagi berita yang bagi aku boleh menyeksa jiwa aku. Arrrrgggghhh, kenapa mesti aku yang jadi mangsa? Mentang-mentanglah aku ni anak bongsu perempuan tunggal  mereka, sesuka hati je nak suruh aku kahwin dengan musuh ketat aku tu. Ini tak boleh jadi. Aku mesti membantah.

“Hah, itu kenapa muka berkerut-kerut? Nak cepat tua ke?”tanya Syafriz, abang longku.

“Muka dia dah sememangnya tualah,long.”jawab Syahdan, abang ngahku. Syahril, abang cik aku hanya ketawa mendengar tanggapan abang ngahku.

“Alah yang abang long nak sibuk kenapa dengan muka Mila? Kalau muka Mila kedut pun, bukan abang long nak bawa Mila pergi buat facial pun,”balas Syamila sambil menjelir lidah.

“walau apa pun keputusan Mila, papa tetap akan kahwinkan Mila dengan Izwan, anak kawan papa yang pernah selamakan papa dekat laut dulu,”jawab Dato’ Syafik,papaku dengan tegas.

Papaku kalau dah buat keputusan, tak ada siapa pun boleh ubah keputusan dia.  Ish,papa ni. Janganlah ungkit cerita lama. Papa pun satu kenapalah pergi berjanji dengan kawan papa tu. Hmmm, nampaknya aku kena dengar cakap papalah. Aku sayang papa, aku tak nak kehilangan dia lagi.

“Baiklah papa, Mila ikut saja keputusan papa. But promise me papa, papa tak akan cakap pasal cerita tu lagi. Mila sayang papa, Mila tak nak kehilangan papa lagi,”kata Syamila sambil menahan air mata dari jatuh.
Bila Dato’ Syafik dan Datin Syuhada melihat Syamila hampir menitiskan air mata, mereka hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum sebab kenal sangat perangai anak perempuan tunggal mereka ni.

Walaupun nampak garang diluar tapi hati masih ada rasa sensitif. Syafriz, Syahdan dan Syahril hanya menahan ketawa melihat adiknya menahan air mata sebab dipaksa kahwin dengan musuh ketatnya di pejabat.

Aku meminta diri untuk naik ke atas kerana kepenatan baru pulang dari tempat kerja. Mama mengajak aku makan dahulu tetapi aku menolak kerana tidak berselera selepas mendengar berita yang kurang menyenangkan.Sampai sahaja di bilikku, aku terus menuju ke arah katil aku dan berbaring. Aku memandang ke arah siling bilik dan memikirkan apa akan terjadi selepas aku berkahwin dengan si kepala batu.

DI RUMAH IZWAN

“Umi, abi, jika itu kehendak umi abi, Izwan hanya mengikut sahaja walaupun Izwan tak cintakan dia,” ucap Izwan. Izwan memandang umi dan abinya berkali-kali mengharapkan mereka melupakan niat mereka nak menjodohkan dia dengan si mulut murai Syamila. Kenapa aku panggil dia mulut murai? Sebab kalau bercakap, memang tak boleh nak berhenti terutamanya kalau cakap dengan aku. Apa kenalah umi dengan abi aku ni sampai nak jodohkan aku dengan si mulut murai tu? Macamlah tak ada perempuan dalam dunia ni yang layak jadi isteri aku dan menantu mereka. Tahulah aku ni anak tunggal mereka, kot ye pun janganlah sampai soal jodoh pun aku kena ikut juga.

“Abi bukan sengaja nak jodohkan kamu dengan musuh kamu di pejabat tu, Syamila anak Dato’ Syafik. Abi jodohkan kamu dengan dia sebab abi nak eratkan silaturrahim abi dengan Dato’ Syafik  sejak abi selamatkan dia di lautan dulu. Dia pun kata tak nak la persahabatan dia dengan abi terpisah. Itu pasal kami bercadang kahwinkan kamu berdua. Abi harap Wan tak kisah dengan permintaan abi dan umi. Lagipun kamu dah nak dekat 30 tahun. Umi dengan abi teringin nak timang cucu sebab kamulah satu-satunya anak abi dan umi,” ucap Encik Ismail, abiku dan dipersetujui umi yang asyik terangguk-angguk mengiakan kata-kata abi.

“Soal urusan peminangan, pernikahan dan majlis persandingan kamu tu tak perlu risau. Umi dengan abi akan uruskan. Cuma kamu perlu setuju atau tidak,”tambah Puan Izzah, umiku.

Aku tak mampu menolak permintaan umi dan abi sebab dah lama dia orang tanya bila aku nak kahwin tapi aku selalu mengelak dengan mengatakan aku sibuk bekerja.  Aku tak terfikir lagi nak kahwin, alih-alih dia orang yang carikan jodoh untuk aku. Dah tu dengan perempuan mulut murai tu pula juga dia orang nak jadikan menantu. Haish, nak buat macam mana aku hanya mampu mengangguk sahaja. Gembira bukan kepalang umi abi dengan persetujuan aku. Aku meminta diri untuk naik ke atas kerana aku baru pulang dari tempat kerja, terus di khabarkan berita yang boleh buat aku hantuk kepala dekat dinding jawabnya.

Sampai sahaja di bilik aku, aku terus merebahkan diri di atas katil yang empuk pemberian abi. Aku memandang siling bilik dan termenungkan nasib aku selepas kahwin dengan si mulut murai nanti. Apalah agaknya akan terjadi pada aku lepas kahwin dengan minah mulut murai tu...

BEBERAPA MINGGU KEMUDIAN...

Syamila dan Izwan hanya mampu menghitung hari bahagia mereka. Akan bahagiakah mereka sedangkan di pejabat pantang berjumpa mesti ada yang digaduhkan. Inikan dalam satu bilik nanti. Apalah yang akan berlaku nanti.

Hari-hari mereka berlaku seperti biasa dengan pergaduhan yang remeh-temeh. Namun dalam gaduh-gaduh mereka, timbul rasa sayang di hati mereka ditambah pula mereka bakal diijabkabulkan tidak lama lagi tetapi masing-masing ego tidak mahu meluahkan kata-kata sayang.

BEBERAPA HARI SEBELUM HARI PERNIKAHAN...

“kak Isrina, seronok  ke malam pertama?” tanya aku kepada kakak ipar aku iaitu isteri kepada abang longku. Kak Izzati, isteri abang cikku dan Kak Izani, isteri abang ngahku ketawa mendengar pertanyaan aku.  Mereka membantu mama menyiapkan bahan-bahan untuk hantaran perkahwinan aku. Seronok juga bila aku tak perlu susah-susah buat persiapan perkahwinan aku tapi tak sedap hatilah tengok orang lain yang siapkan persiapan perkahwinan untuk aku. Nasib baik dia orang tak kisah sebab aku satu-satunya adik ipar dia orang yang belum kahwin. “Kenapa gelak? Salah ke Mila tanya? Mila kan nak kahwin dah. Tu nak tanya,” tanya aku lagi dengan keadaan merajuk. Kakak-kakak ipar aku ketawa sambil menggeleng kepala dengan pertanyaan aku.

“Tak salah pun. Cuma pertanyaan Mila macam Mila takut nak kahwin je,”jawab Kak Isrina dengan ketawa yang masih bersisa lagi.

Aku memandang ke halaman rumah. Ternampak  Syazana, anak abang ngah dan kak Izani bermain kejar-kejar dengan Adnan dan Amran, anak abang long dengan kak Isrina. Kesian dia tak ada teman bermain masak-masak. Nak main dengan mak sunye iaitu aku, minta maaf la, aku dah nak kahwin. Mana boleh main permainan kanak-kanak. Abang cik dan kak Izzati pula sedang menunggu hari je bakal jadi ibu bapa. Meriah juga rumah papa dan mama dengan anak-anak buahku bermain di halaman rumah.

“ kenapa Mila tanya macam tu? Mila tak ada masalahkan pasal cadangan papa?” tanya kak Izzati sambil tangannya mengubah hantaranku. Walaupun sedang sarat mengandung, dia sanggup membantu walaupun sudah berkali-kali ditegah oleh mama agar berehat sahaja.

“Mila tak ada masalah pun. Budak kepala batu tu yang ada masalah dengan Mila. Tak habis-habis nak sakitkan hati Mila dekat pejabat,”luah aku sambil tangan membantu kak Izzati mengubah hantaranku.

“Hah, kutuk-kutuk la suami kau. Suatu hari nanti kau falling in love dekat dia, padan muka! “ ucap abang ngah bersama anggukkan dari abang long dan abang cik apabila mereka datang melihat hasil kerja isteri-isteri mereka.
Kata-kata abang ngah membuatkan aku terkedu dan berfikir sejenak. Ish, takut aku kalau falling in love dengan dia. Dah la suka cari gaduh dengan aku, kepala batu pula tu.

PADA HARI KEJADIAN (bagi Izwan dan Syamila la...)

“Aku terima nikahnya Syamila bt Syafik dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.” Ucap Izwan dihadapan tok kadi serta orang ramai.

Akhirnya aku selamat menjadi isteri kepada Izwan si kepala batu. Meriah majlis kami berdua sebab aku anak bongsu papa dan mama,  dia pula anak tunggal umi dan abi dia. Tak menang tangan papa, mama, umi dan abi melayan tetamu yang datang. Mana taknya, beria-ria papa kata nak buat di dewan milik pejabat papa bagi majlis kedua-dua belah pengantin. Tak payah keluar duit nak membazir katanya. Sudahnya aku dan Izwan malu sebab ramai tetamu nak beramah mesra.

Selesai majlis kami berdua sampai ke larut malam, baru aku berpeluang berehat di atas katil. Sedang berehat, kelibat Izwan masuk ke dalam bilik aku, eh, silap. Bilik kami. Alamak, aku tak pakai tudung. Kelam kabut aku mencari tudung tapi tiba-tiba aku berhenti mencari. Eh, aku dah sah jadi isteri dia, kenapa aku nak kena tutup aurat depan dia...

“Apa yang kau dok mengelamun,hah? Lepas tu macam orang gila dok mencari barang,”tanya Izwan sinis.

 Matanya tak berkelip-kelip memandang Syamila dari atas sampai ke bawah.

” Hmmm, cantik juga isteri aku ni,” bisik Izwan.

“Hah, apa kau kata?” tanya Syamila kepada Izwan dengan nada geram kerana dikatakan orang gila.

“sesuka hati kau je cakap aku orang gila. Ingat kau tu normal sangat ke??? Dah la kepala batu, ada hati nak kutuk orang,”tambah aku sambil tangan menggenggam penumbuk. Nasib baik kau suami aku, kalau tak memang dah lama arwah.

p/s: nak minta tolong sesiapa tolong habiskan cerita ni. dah tak ada jalan cerita nak buat lagi. kalau boleh nak unsur saspen la...)

1 comment:

panChenta speaCial said...

haha? lol nya, y dun just continue? klw x da idea, y on earth pgi buat??? suspens org lain mw baca. tggu la idea tu mencurah-curah. then bru post on wall... haiyyarr... selaku peminat cerpen, sedih saya. xpala, i wish someday u can make a stroy smpai habis...kbye